Sunday, February 22, 2009

60 TAHUN NAKBAH PALESTIN (15 MEI 1948-15 MEI 2008 )

60 TAHUN NAKBAH PALESTIN (15 MEI 1948-15 MEI 2008 )

oleh : Dr Zainur Rashid Zainuddin
Perunding Aman Palestin

(Sempena 60 tahun Nakbah (malapetaka) pembentukan Negara Haram Israel
sejak 15hb Mei 1948 )

Istilah Nakbah mungkin adalah satu perkataan yang agak asing bagi
sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar
prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin.

NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah
Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah
diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.
Peristiwa ini
berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh
rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin
secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting
tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-
orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin
yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan
tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang
berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan
Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.

PENCETUS PENUBUHAN NEGARA YAHUDI

Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat
oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan
pengasas gerakan Zionis
di dalam gagasannya yang kemudiannya
dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Israel) pada 1896.

Kewujudan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya
yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah
pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak
langkah kepada pembentukan Negara Zionis di Palestin.

PEMANGKIN PENDUDUKAN HARAM YAHUDI DI BUMI PALESTIN

British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis telah sentiasa
menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb
November 1917
apabila kerajaan British telah memberi jaminan untuk
mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin.
Ini
merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia
kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa. Dengan
angkuhnya deklarasi ini telah menidakkan hak dan aspirasi penduduk
bumi Palestin yang sah yang kemudiannya telah diikuti dengan
penjajahan Palestin oleh tentera British.

Selepas itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik
yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin.

Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada
dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang
Yahudi.

PERANAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)

Isu Palestin semakin panas dan mula dibawa ke peringkat antarabangsa
di atas tuntutan British yang meminta supaya PBB memasukkan isu
tersebut ke dalam agendanya. Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa
Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan
pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua
buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi. Namun rentetan
duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang
dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan `Ketetapan 181′ yang malang
pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin
kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan
tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah.

Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu
untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan
penentuan nasib mereka sendiri. Rakyat Palestin yang terlibat dengan
isu ini tidak langsung diminta pendapat dan keizinan malahan mereka
mengalami kezaliman dan penindasan yang amat dahsyat.

Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB
telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan tanah serta
cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang
berasingan iaitu Palestin dan Yahudi.

KELEMAHAN LIGA NEGARA ARAB

Rakyat Palestin adalah antara bangsa yang paling malang di dunia
kerana dilupakan oleh PBB, negara-negara Arab dan juga umat Islam
sendiri.
Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB
demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu
perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka
dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin
yang telah mereka
diami sejak 4500 tahun lamanya.

Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu
hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan
mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap
ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.

Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini
dan diikuti dengan penaklukan 78 % bumi Palestin, Yahudi Zionis telah
mengumumkan Negara “Israel” pada petang 14hb Mei 1948.
British
mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila
Negara Israel yang merdeka diisytiharkan secara resminya pada 15hb Mei
1948.

TERTUBUHNYA ISRAEL ADALAH MALAPETAKA PALESTIN

Kesan langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman
pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir
lebih daripada 60 % rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang
daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara
manakala 30 ribu
yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum
perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta
terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai
rakyat
Palestin.

Antara yang paling kejam ialah tragedi Deir Yassin pada 9hb April
1948
yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang-
orang tua, wanita dan 52 orang kanak-kanak.
Petugas Palang Merah dan
PBB sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar
dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak. Dalam serangan itu,
wanita-wanita yang hamil telah dibelah perutnya dan dikeluarkan janin
dan bayi hidup-hidup dari rahim ibunya. 52 orang kanak-kanak pula
telah disiksa di depan ibu bapa mereka, lalu mereka dibunuh dan
dipenggal kepalanya.

Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup
menceritakan, “Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara
saya, Saliha al Halabi yang hamil Sembilan bulan. Dia meletakkan
senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha
terbunuh. Tentera tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah
perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang
telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu”.

Peperangan 1948 telah memusnahkan kehidupan rakyat Palestin yang
telah hidup di bumi bertuah ini sejak ribuan tahun lamanya.
Sesungguhnya amat tidak adil apabila Yahudi menjadikan Holocaust atau
peristiwa pembunuhan bangsa mereka di Eropah oleh Nazi Jerman sebagai
alasan untuk mereka membina rejim mereka di atas lautan, penderitaan
dan keperitan rakyat Palestin.

Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah
gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing
Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin
di sana serta
menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.

Mereka sengaja melupakan bahawa bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal
bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mereka yang kemudiannya
dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri
bahawa setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan
rakyat Palestin. Ini adalah jenayah yang terancang melalui
perencanaan dan pengiktirafan sebelumnya.

Jenayah Ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih
daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya
mengembalikan hak 4.4 juta pelarian Palestin supaya dibenarkan pulang
ke kampung halaman mereka. Namun tidak ada satu pun daripada resolusi-
resolusi ini yang dilaksanakan oleh rejim Yahudi Zionis.

Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan
perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-
orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.

ENAM DEKAD NAKBAH

Kini 60 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan
Negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis sehinggakan :

1. Rejim Zionis terus yang melakukan penindasan terhadap rakyat
Palestin
seperti meruntuhkan rumah-rumah mereka, membakar kebun-kebun
mereka dan memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi.
Sehingga kini yahudi telahpun merampas dan menguasai kira-kira 90 %
dari keseluruhan bumi Palestin.

2. Peningkatan serangan ke atas Masjid Al Aqsa oleh ekstrimis Zionis
yang semakin kerap mencabul kehormatan dan kesucian qiblat pertama
umat Islam di dalam rangka mereka MengYahudikan Baitul Maqdis. Mereka
bercita-cita untuk meruntuhkan masjid Al Aqsa dan mendirikan Kuil
Yahudi di atas tapak masjid sekarang.

3. Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang
tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu
di kalangan mereka
kini merengkok di dalam penjara Israel. Di kalangan mereka adalah
orang-orang tua, kanak-kanak malahan juga wanita yang hamil lagi
sakit.

4. Sekatan ekonomi yang dirancang secara rapi oleh Zionis menyebabkan
orang-orang Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kepada sumber
pekerjaan yang dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan
rakyat Palestin yang menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta
kebuluran.

5. Ramai di kalangan kanak-kanak palestin yang telah dinafikan hak
mereka untuk belajar
sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke
pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.

6. Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah
gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing
Barat
yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.

7. Dijangkakan seramai 6.45 juta di kalangan rakyat Palestin adalah
pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 60 tahun yang lalu.

Inilah jumlah pelarian yang paling lama dan paling ramai di dalam
sejarah peradaban dunia.

8. Rejim Zionis kini berterusan menyiksa dan membunuh rakyat Palestin
terutamanya di Gaza
yang turut diakui pemimpin kanan mereka sebagai
holocaust yang lebih hebat.

Penindasan, penodaan dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel
ini terhadap rakyat dan negara Palestin telah berlaku dalam tempoh
yang amat panjang dan berlarutan. Sudah tentulah ianya tidak harus
dibiarkan begitu sahaja.

PERANAN MASYARAKAT ANTARABANGSA

Fakta-fakta sejarah, kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa amat
memihak kepada rakyat Palestin yang berhak memiliki ketuanan dan
kedaulatan di bumi mereka sediri.

Rejim Zionis Israel kini mendapati bahawa mereka tidak boleh mengawal
keadaan rakyat dan negara Palestin.
Malahan mereka terpaksa membuat
berbagai pendekatan yang keras mahupun dengan cara berkompromi untuk
berhadapan dengan kebangkitan rakyat Palestin. Mereka menggunakan
pelbagai strategi terutamanya dengan mempengaruhi sekutu kuat mereka
iaitu Amerika Syarikat
untuk menangai permasalahan yang terus
berpanjangan.

PBB dan masyarakat antarabangsa yang sentiasa memperjuangkan keadilan
semestinya teguh dalam membuat pendirian dan tidak dipengaruhi oleh
lobi Yahudi Zionis di dalam membuat dan melaksanakan keputusan-
keputusan mereka. Kependudukan dan negara Palestin mesti dikembalikan
kepada pemilik asal yang sah yang pernah mendiami bumi ini sejak
sekian lama.


Kebencian parti pembangkang Malaysia sewaktu dahulu






Puterajaya yang dahulunya hendak dijual olih pemimpin PAS jika berjaya menawan Malaysia

Bangunan yang pernah menjadi mercu tanda tertinggi didunia ini juga dicanang oleh Pas sebagai membazir dan selama memerintah Kelantan tiada satupun Masjid yang didirikan Pas untuk rakyat yang tinggal pas pisss pusss PORNSTAR KASI RAKYAT

Najib punca istana diheret ke kancah politik - Mahfuz


KUALA LUMPUR, 21 Feb (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar menyelar tindakan Umno/BN yang sengaja mengheret istana ke kancah politik demi kepentingan politik mereka.

Iklan





"Punca kepada kekalutan yang berlaku hari ini ialah tindakan Dato' Seri Najib Tun Razak yang menggunakan istana bagi merampas Perak, kemudiannnya beliau berselindung di sebalik istana dan menuduh Pakatan Rakyat penderhaka.

"Walhal beliaulah yang memulakan segala-galanya, mereka menggunakan kedudukan dan kuasa untuk mempengaruhi istana, ini satu helah yang digunakan Umno/BN terutamanya Najib untuk memuaskan hati dan cita-cita politiknya menjelang Mac ini, katanya.

Mahfuz melahirkan rasa kesal dengan sikap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Badawi yang mempertahankan 'rampasan kuasa' di Perak, sebaliknya menyalahkan Speaker Dun Perak sebagai menghina Sultan.

Sedangkan, apa yang dilakukan Speaker Dun Perak adalah menurut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak, katanya.

"Siapa yang mulakan rampasan kuasa dengan menggunakan Istana, siapa yang menggunakan istana membenarkan pelantikan Menteri Besar dengan tidak mengikut peruntukan undang tubuh kerajaan negeri? Image

"Kini Umno/BN mahu menyalahkan Pakatan Rakyat. Saya kesal dengan kenyataan PM yang menyatakan Speaker menghina Sultan, sepatutnya diakhir pemerintahannya, PM perlu menunjukkan keazaman yang tinggi membersihkan nama beliau yang tercalar kerana permainan dalaman Umno sendiri," katanya.

Mahfuz seterusnya meminta Raja-raja Melayu agar tidak terjerat dengan permainan politik Umno ini kerana semuanya adalah untuk kepentingan politik Najib.

"Jangan nanti rakyat mempunyai persepsi bahawa Raja-raja digunakan untuk kepentingan politik. Raja-raja seharusnya dilihat 'neutral'," sarannya._


DAN PAS PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK DENGAN PAKAIAN ISLAMIK


Nik Aziz yang dianggap ulama oleh PAS telah mengkhianati Agama Islam DEMI KEPENTINGAN PERIBADI DAN PERJUANGAN PARTI PAS. Nik Aziz tidak layak digelar ulama sebaliknya boleh digelar perosak kepada Agama Islam.

1. MENGAKU MENYELEWENGKAN AJARAN ISLAM SEMATA-MATA UNTUK MEMELIHARA PERJUANGAN PARTI PAS

2. MENGAKU MENYESUAIKAN BEBERAPA TAFSIRAN AYAT AL-QURAN DAN HADITH SEMATA-MATA MENJUNJUNG PERJUANGAN PARTINYA

3. MENGHASUT RAKYAT MEMBENCI DAN MENJATUHKAN KERAJAAN YANG MENDIRIKAN PERJUANGAN AGAMA ISLAM

4. MENGHAPUSKAN PERJUANGAN UNTUK MENDIRIKAN NEGARA ISLAM

5. MEMBOHONGI RAKYAT DENGAN BERBAGAI JANJI

6. MEMUSUHI UMAT ISLAM DENGAN MEMECAH-BELAHKAN MASYARAKAT MELAYU DI KELANTAN DAN MEMULAUKAN APA SAHAJA KEGIATAN KHAIRAT ORANG-ORANG ISLAM YANG TIDAK SEHALUAN DENGAN PAS

7. MELINDUNGI SHAHNON AHMAD (PENULIS MUNAFIK SAMA TARAF SALMAN RUSHDIE)

8. GAGAL MEMPERKENALKAN HUKUM HUDUD DI KELANTAN KERANA TERLALU CETEK DALAM BIDANG PERUNDANGAN ISLAM)

9. MENGELUARKAN FATWA ISLAM DENGAN SEWENANG-WENANGNYA TANPA MERUJUK MANA-MANA PIHAK

10. MENGHALAKAN SIFAT CARUT-MENCARUT DAN KATA-MENGATA DI KALANGAN UMAT ISLAM

11. MENDAKWA TUHAN MENCARUT HAMBANYA DALAM AL-QURAN DALAM SURAH AL- LAHAB


12. MENIPU RAKYAT UNTUK MEMBENTUK PERLEMBAGAAN ISLAM MENJADIKAN KELANTAN 'SERAMBI MEKAH?'


13. MENGHALALKAN PERDANA MENTERI MALAYSIA DARI KALANGAN ORANG KAFIR


14. MENGHALALKAN PERSEPAKATAN DENGAN SYAITAN UNTUK MENANG DALAM PILIHANRAYA


15. MEROSAKKAN AKIDAH UMAT ISLAM DENGAN MENGAJAK MEREKA BERMUSUHAN SESAMA SENDIRI, TERUTAMANYA DENGAN ORANG-ORANG ISLAM YANG TIDAK SEHALUAN DENGAN FAHAMAN PAS.


16. MELAKUKAN DOSA DENGAN MENJANJIKAN SYURGA KEPADA ORANG-ORANG YANG MENYERTAI PAS


17. MENGKAFIRKAN UMNO DAN MENUDUH ORANG-ORANG UMNO KAFIR


18. MENUDUH ULAMA-ULAMA KERAJAAN FASIK. HANYA ULAMA PAS YANG MAKSUM

19. MENGAKUI BAHAWA DIRINYA ULAMA YANG DITERIMA AGAMA ISLAM

20. MENGELUARKAN FATWA BAHAWA DR. MAHATHIR MAHAFIRAUN DAN KAFIR KERANA MENENTANG ISLAM

21. MENDAKWA DR. MAHATHIR ANTI-ULAMA DAN PARTI UMNO SAMA SEPERTI PARTI ORANG KAFIR

22. GAGAL MEMERINTAH KELANTAN . KELANTAN MENJADI MUNDUR


23. MENGHALALKAN RAKYAT KELANTAN HIDUP DALAM KEMUNDURAN


24. MELINDUNGI KRONI-KRONINYA YANG MELAKUKAN JENAYAH KHALWAT SEPERTI KES MAT SABU


25. MENGHALALKAN FITNAH KEPADA PEMIMPIN UMNO DAN BN SEMATA-MATA UNTUK MENGHADAPI PILIHANRAYA


26. MENGGANTUNG BEBERAPA PERATURAN DALAM AL-QURAN DAN HADITH SEMATA-MATA UNTUK MENGHADAPI KEMPEN PILIHANRAYA


27. MEMPERMAIN-MAINKAN AL-QURAN, HADITH DAN AGAMA ISLAM UNTUK KEPENTINGAN PERIBADINYA.


28. MEMEPERSENDA-SENDAKAN NAMA ALLAH PADA SETIAP FATWA DAN CERAMAH YANG DIBERIKAN

29. BERTINDAK SEBAGAI IMAM MAZHAB APABILA MENGELUARKAN FATWA TANPA BERMUZAKARAH

30. MENGANGKAT DIRINYA SENDIRI SEBAGAI ULAMA TETAPI BELUM MAHIR DALAM SISTEM PERUNDANGAN ISLAM


31. MELANTIK ORIENTALIS-ORIENTALIS TIMUR SEPERTI DATO HASSAN DAN SHAHNON AHMAD SEBAGAI ULAMA SEDANGKAN MEREKA TERANG-TERANGAN MEMPERMAIN-MAINKAN AGAMA ISLAM


Justeru itu, sebagai umat Islam yang senantiasa mengutamakan AQIDAH, perlu fikirkan ADAKAH NIK AZIZ DAN PAS MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM ATAU MENYESATKAN UMAT ISLAM DARIPADA AJARAN YANG DIBAWA OLEH RASULULLAH?

PUAK PAKATAN RAKYAT MENUDUH UMNO



Isu YB yang photo tak bermoral mendapat perhatian umum dikalangan para pembicara politik malah menular juga seluruh umat Malaysia
Apa yang hendak dibicangkan bukanlah gambar yang terkakang koyak dan tak senonoh.Tetapi berkaitan tuduhan yang dilempar olih pertubuhan yang tak berdaftar pakatan rakyat terhadap UMNO berkaitan isu ini.Nampaknya UMNO sudah sebati pada parti lawan sebagai parti Fitnah

Apa yang menarik ialah tuduhan mereka terhadap UMNO dalam isu Elezebeth Wong yang kononnya UMNO lah yang merancang dan menyebarkan gambar terkakang terkoyak itu
Adakah terfikir bagi mereka ,siapakah yang poketkan gambar-gambar itu,mengapa pula bolih tersebar.Jika ditenung sudah pasti siEli ni ada masaalah dengan teman lelakinya
perlulah cuci dahulu bekas perjuangan mereka dan cerminlah dahulu muka muka dalam golongan mereka.jika tidak ! syaitanpun ikut ketawa

Siapa yang ingin menafikan bahawa tuduhan demi tuduhan terhadap UMNO yang membela nasib bangsa-bangsa dibumi watan ini,seolah-seolah tidak berjasa sedikitpun pada mereka
Bagi mereka UMNO adalah parti pengacau,sedarkah siapa yang membawa sultan disebuah negeri kemahkamah,siapakah yang menghafirkan orang Islam sewaku dahulu,siapakhah yang menunggu ekonomi baik untuk jalankan perintah hudud

Mereka inilah sebenarnya meletakkan pengikutnya dilaluan hijau menuju keneraka.merekalah mencari dana dalam saku rakyat ,walhal mereka ini lah yang mengatakan UMNO menindas rakyat dengan memesong hak rakyat dan mementingkan hak peribadi

Jika ia benar"! ramailah anak-anak dimalaysia ini tidak berpelajaran,tetapi penggikut yang lembat berfikir ini telah di x-ry otaknya dengan berbagai dakyah= dakyah yang memesongkan
bagaimanapun tidak salah jika saya berkata..jika keburukan mendapat sokongan ramai"maka nampak baiklah keburukan itu,jika kebaikan yang datang tampa sokongan ramai
"maka nampak buruklah kebaikan itu

Hujah =KHIR.MUKHRIZ.KJ

Zakiah

Thursday, February 19, 2009

MB, Exco BN digantung

Oleh Ridzuan Yop, Shamsul Kamal Amarudin,
bhnews@bharian.com.my


ZAMBRY (kanan) mempengerusikan mesyuarat Exco pertama selepas membentuk kerajaan negeri yang baru di Pejabat Menteri Besar Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, semalam.

Tindakan Speaker subjudis kerana kes difailkan di Mahkamah Tinggi: Zambry

IPOH: Politik di Perak semakin bercelaru apabila Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir serta enam ahli Exconya digantung dan dilarang menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) antara 12 hingga 18 bulan, berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan mengejutkan itu dibuat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak pada mesyuaratnya semalam kerana mendakwa tindakan Zambry dan enam Exco itu mengangkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-Undang Tubuh Negeri serta menghina DUN.


Zambry yang dihubungi bagaimanapun menegaskan jawatankuasa dipengerusikan Speaker DUN dari Pakatan Rakyat, V Sivakumar, membuat keputusan itu tanpa mengendahkan kuasa Sultan Perak yang memperkenankan pelantikannya sebagai Menteri Besar dan barisan Exco berkenaan.

Beliau berkata, tindakan jawatankuasa itu juga subjudis kerana isu pelantikannya sebagai Menteri Besar sudah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh bekas Menteri Besar dari Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Terdahulu, Zambry serta enam ahli Exco berkenaan dipanggil memberi penjelasan di hadapan jawatankuasa itu di Bilik Mesyuarat Bahagian Kewangan, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, kira-kira jam 2.55 petang sebelum keluar dan terus ke pejabatnya, kira-kira 3.25 petang.

Semua tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN itu sebelum ini diberi notis saman supaya menghadap jawatankuasa berkenaan berikutan aduan Adun Canning dari DAP, Wong Kah Woh, berhubung isu majlis angkat sumpah jawatan mereka sebagai Menteri Besar dan Exco.

Wong mendakwa majlis angkat sumpah jawatan itu bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri dan menghina DUN kerana Mohammad Nizar belum meletak jawatan secara rasmi.

Sivakumar dalam kenyataan media yang diedarkan kira-kira jam 6.15 petang, berkata Dr Zambry serta enam Exco itu gagal dan tidak memberi sebarang penjelasan dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan.

Jawatankuasa itu turut dianggotai Adun Simpang Pulai dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chan Ming Kai; Adun Selinsing (Pas), Husin Din; Adun Tebing Tinggi (DAP), Ong Boon Piow: Adun Bercham (DAP), Sum Cheok Leng dan Adun Kepayang (DAP), Loke Chee Yan.

Bagaimanapun, wakil tunggal Barisan Nasional (BN) dalam jawatankuasa itu, Datuk Hasbullah Osman (Temenggor), tidak hadir pada mesyuarat hampir tiga jam itu.

Sivakumar berkata, jawatankuasa itu mendapati ada kes prima facie terhadap aduan rasmi yang dibuat Wong.

"Saya membuat keputusan bahawa Dr Zambry dengan serta-merta digantung dan dilarang menghadiri sesi DUN selama 18 bulan," katanya.

Adun Sungai Manik, Zainol Fadzi Paharuddin, Ramly Zahari (Manong), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Shaarani Mohamad (Kota Tampan), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Mah Hang Soon (Chenderiang) pula digantung dan dilarang menghadiri sidang DUN selama 12 bulan.

Zambry mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-11 pada 6 Februari lalu, diikuti barisan exconya pada 10 Februari.

Sementara itu, seorang peguam, Naran Singh, ketika dihubungi berkata Sivakumar masih sah sebagai Speaker DUN Perak sehingga beliau disingkirkan menerusi sidang DUN.

Beliau berkata, Peraturan DUN Perak menetapkan Speaker hanya boleh dilantik dan dilucutkan jawatan menerusi undi di kalangan Adun pada sidang DUN.

"Speaker dipilih oleh DUN dan jika BN ingin melantik calon Speaker mereka, pengundian mesti dilakukan menerusi Sidang DUN," katanya.

Naran berkata, peraturan pelantikan Speaker DUN berbeza dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak yang memberi Sultan kuasa melantik Menteri Besar dan Exco.

"Jika Sultan Perak sudah melantik Menteri Besar baru walaupun Menteri Besar sebelum itu enggan meletak jawatan, Menteri Besar baru sah kerana dalam satu negeri tidak boleh ada dua Menteri Besar.

"Jawatan Menteri Besar lama secara automatik gugur tetapi dalam kes Speaker DUN, peraturannya berbeza," katanya.

Followers

Blog Archive

Perjuangan bukan satu permainan

My photo
Selangor, Malaysia
Pendapat sentiasa selari namun tak pernah bertemu